topbella

Wednesday

Betik @ Papaya

Ada orang panggil betik ada yg panggil papaya.... hehehe klau d kg I ada panggil 'kepayo'..... tu le ... apa pun namanya ia masih merujuk kpd buah yang satu ni le....
Lama tak buat posting berkenaan petua....ari ni nak bagi petua berkenaan buah betik n pucuk betik... bukan nak buat ulam tau... ni nak buat ubat...



 gambar ehsan dr GOOGLE...

Petua pertama ..... tuk pesakit gout.... ni petua ni dr seorang Imam dr Jasin, Melaka.... mengikut katanya jika seseorang tu ada masalah gout.... ambil betik muda dan panaskan diatas api.... make sure betik tidak dipotong tau... sebiji bulat cam gitu je... bila dah agak2 suam tuam2 kan pada tempat2 yang sakit... kalau jejari2 tangan d jejari tu le... kalau d lutut tuam le d lutut.... kalau di tapak kaki lagi senang duduk d atas kerusi dan golek2kan buah tersebut dengan tapak kaki cam buat refleksologi tu le... kata Imam tu sumpahan gaut ialah buah betik....  

Petua kedua.... tuk pesakit yg batuk (dah lama x mau elok2)... ni hubby yg bgi tau... senang je caranya.... patahkan pucuk betik dan ambil beberapa titik getah yang menitik (tadah dgn sudu le)... ambil secubit garam halus... campurkan dengan getah betik tersebut..... kemudian ambil campuran tersebut dengan jari telunjuk dan letakkan di anak tekak... hehehe pahitnya hanya Tuhan yg tahu.... make sure selawat le sebelum letak tu ya...
Inshallah berkesan....x salah tuk mencuba...   = )
Life must go on...

0 orang menggomel...:

My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Mom of 3 sweetypie daughters.... interest in baking, cooking, beading and art (hand and art work especially)