topbella

Wednesday

Sup Pedas

Sup pedas gear box...

Nak buat sup pedas gear box (hubby nye style...)
Bahan A--- disangai kemudian ditumbuk halus
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil ketumbar
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga chengkih
1 sudu kecil lada putih biji
1 in kulit kayu manis
Bahan B---- ditumbuk lumat
7 tangkai cili kering
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inci halia
2 biji buah keras
Lain-lain bahan
secawan kelapa - dibuat kerisik
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
minyak untuk menumis
Gear box yang telah direbus hampir empuk... pastikan semasa merebus tuangkan air paras2 daging (gunakan air yg sedikit), bila air mula kering tambahkan air panas.

Cara :
Tumis Bahan A sehingga naik bau, kemudian masukkan Bahan B, goreng sehingga garing dan masukkan kerisik.  Masukkan gear box yang direbus tadi dan tambahkan 2 mangkuk air, rebus dagingnya hingga empuk... jika daging tidak empuk, tambahkan air lagi dan sesuaikan rasanya.
Image000 (3)
ok dah siap...

Monday

Little Mermaid

Image015 (2) Akhirnya tercapai gak impian tuk membuat kek princess tuk my kids... tapi ni I buat mermaid...kek coklat 1 kg... kecik je, tapi tinggi gak, 11 inci ada le... suka tengok they all seronok membantu menyiapkan projek ni... macam buat lukisan la plak... main campur2 warna.... bila siap tak sabar2 plak they all nak potong... bukan nak makan kek (coz kenyang membuatnya...) tapi nak ambik doll tu... buat main.. mmg le tak bagi, tunggu kek slesai d makan baru bleh ambik doll... so rasa2nya ptg ni mesti they all pakat ajak kenkawan kasi perabis kek mermaid ni... they all nak 'ek' coz ni hasil kerja tangan they all gak...
Smiley Faces

Edible Picture Cup Cakes

Bertuah baby sekarang ni ... kecik-kecik lagi dah dapat kek yg ada gambar sendiri...  IMG0046A oder ni permintaan dr Ana, Tembangau 1... nun jauh d Pahang nu... ni le projek mega yg I kena buat sensorang.. x de sesapa tolong... dulu time anak yg sulong ada, bleh gak harapkan dia... ni nak harap yg adik susah le sikit.... coz they all x bertekun buat kerja... so buat sorang2 le... nak mintak tolong hubby??? dia dah tolong beli bahan2 n hantar dah cukup bersyukur....yg dia slalu tolong n x penah miss... tolong komen...ok tak pa...
Time nak oder edible pic ni pun ada masalah... coz kawan yg biasa I oder tu x mau lagi dah buat... ada problem le agak nye tu... thanks' God dapat gak cari supplier yg baru... but kos lebih la plak... tak pa janji projek yg dijanjikan menjadi….

Friday

Ralat...

Ralat... dah tiga hari rasa tak sedap hati le plak... coz I tolak permintaan dia ni nak oder kek ... kan apa I only have two hands k... n no maid or helper... so cam na nak buat tuk u... i kena mendahulukan org yg terdahulu, dia dah bayar habis pun tuk kek tu... jangan le perli-perli plak... dah tu u booking lewat cam ne I nak susun jadual I.... so sorry ya, next time kalau nak oder bagi tau awal2, jadi sonang kojo mak cik ni ha..

Persoalan lain plak d tanya... eh..eh.. tentu penat kan, balik rumah kna masak lagi, kemas lagi, nak buat kek lagi, bila le plak jahit manik tu?... wa.. ni lain macam je bunyi nye... tak pa... tu smua kata2 dr org iri ke?? or ikhlas?? ... selagi hubby n kids sentiasa menyokong dr blakang, n kudrat yg Allah berikan inshaalah n yang paling penting minat n suka skali nak buat...so semuanya menjadi ringan... Smiley Faces
Life must go on...

Saturday

Sian anak mama...

Selah bertungkus lumus tuk sebulan yg lepas, tiba le harinya bebudak ni mempersembahkan kawat kaki yg baru le slesai tebentar tadi ... mana yg menang tak tau lagi.... (menang gak sk wawasan sbn 2... tahniah cikgu n smua student)
tengok le muka they all yg kepenatan... pipi memasing kemerahan, maklum le kawat tengah panas...

muka2 kepenatan... moncong je...

Life must go on...

Roses n Strawberries

Kek chocolate 1 kg... Ganache topping with strawberries n buttericing roses.....
Neeza from Putraja oder..... tq 4 d oder n enjoy ur holiday at PD...k...

Puas ati dpt makan strawberry .....
Life must go on...

Tuesday

Birthday...

My kid yg tengah benggang tul dgn I coz I x buatkan dia birthday cake... apa le mama ni org nye mama buatkan tapi kite mama tak nak buat... yg best adik nye tlg jawabkan... kawan ko dia bayar le ... ko ada duit ke nak bayar kek mama tu???
Ni le dia bebudak ... dia x faham kite ni sibuk(@ sesaja sibuk @ x pandai bagi2 masa), la ni mama dia nak nyiap kan baju bling2 org nak kawin... tu pun ada syukurnya di pospon tarikh dr 1 Mei ke 15 Mei... walau pun pospon ada plak tempahan cc lagi... kek lagi... kalau melayan permintaan dia dah tentu 2 ari mama dia tak dpt jahit bling2...
Tak pa ya sayang nnti mama buat kek yg paling cantik d dunia... sebeno nye nak suprizzeee dia nak buat kek barbie doll.... (tah tercapai ke tak... tunggu week end ni... harap2 tercapai le kehendak hati dia @ kehendak mama gak sebeno nye...)
Life must go on...

Tanda mata..

Ari ni gi MARDI dapat tanda mata pen Sheaffer... tq org MARDI.. nengok pen ni teringat plak pen Sheaffer yg I dapat masa my 19th birthday dulu sepupu yg bagi telah tertinggal dlm kete my friend...sampai sekarang masih terkenang2 dgn pen tu walau pun dah 20++ tahun berlalu...  ye le bukan rezeki le namanya...



Life must go on...

Monday

Khasiat Buah Durian Belanda

I terima mail dari seorang kenalan berkenaan khasiat buah durianbelanda... sebelum ini hanya tahu buah ni sesuai diminum bagi pesakit darah tinggi bagi menurunkan tekanan darah sahaja... tidak pula mengetahui berkenaan sebagai pencegah barah... jadi mari kita kongsi bersama artikel yang I terima...

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.
Life must go on...

Saturday

Adibah Noor

Cumil kan Kak Dibah...

dia buat life perform d Eqoutrial Melaka last night... sure le lagu Kau Terlalu Istimewa...
Life must go on...
My photo
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Mom of 3 sweetypie daughters.... interest in baking, cooking, beading and art (hand and art work especially)